Magis pereka hiasan dalaman. Gabungan idea dan kreativiti

Iklan

Mewujudkan persekitaran dalaman yang memberi keselesaan, keselamatan dan kesihatan memerlukan daya pemikiran kreatif tinggi.

Pelbagai rekaan, sains, teknikal dan perancangan terperinci perlu diberi penekanan dalam menterjemah ruang yang mampu memenuhi keperluan serta memukau emosi agar dapat menterjemah gaya estetika menarik.

Iklan
Iklan

Bahkan, reka bentuk dalaman telah berubah secara drastik sejak awal abad ke-20 apabila ia baharu muncul sebagai satu profesion.

Pelakon terkenal, Azhar Sulaiman yang merupakan arkitek malah berkecimpung dalam reka bentuk dalaman berkongsi pengalaman dalam bidang rekaan untuk tatapan pembaca Sinar Bestari.

Iklan