Gred Purata Nasional SPM 2022 lebih baik - Pkharuddin

Iklan
Pkharuddin

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali mengumumkan Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 adalah 4.74 berbanding dengan 4.86 pada tahun 2021 dan angka itu lebih rendah bermakna pencapaian yang lebih baik.

Beliau juga mengumumkan yang calon-calon SPM 2022 berjaya lebih baik berbanding dengan SPM 2021 ketika sesi pengumuman keputusan itu di Putrajaya pada Khamis.

Iklan
Iklan

Selain itu, Pkharuddin juga memberitahu, ini adalah kohort pertama di mana lebih daripada 90 peratus calon layak menerima sijil SPM.

Ujar beliau, 91.6 peratus calon layak untuk menerima sijil tersebut kerana mereka telah lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.

Iklan

Sejumlah 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2022 di 3,355 pusat peperiksaan.

Peperiksaan SPM 2022 telah berlangsung pada 30 Januari hingga 15 Mac 2023 manakala penjadualan semula peperiksaan diadakan pada 16 hingga 22 Mac 2023.

Iklan

Kira-kira 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik untuk memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM 2022 berjalan lancar di semua pusat peperiksaan.

Daripada jumlah tersebut, 35,651 petugas peperiksaan terlibat bagi mengendalikan Ujian Amali Sains, 42,881 orang petugas peperiksaan bagi Ujian Mendengar dan Peperiksaan Bertulis dan 52,786 orang petugas bagi Ujian Bertutur.

Seramai 29,421 orang guru telah dilantik bagi memeriksa skrip jawapan peperiksaan.

Pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan telah dilaksanakan secara dalam talian menggunakan sistem LPSkor, kecuali bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Jumlah keseluruhan 95 mata pelajaran yang ditawarkan merangkumi 180 kertas peperiksaan.