Calon SPM tidak duduki peperiksaan boleh sertai TVET

Iklan
Gambar hiasan.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Perak yang tidak hadir menduduki peperiksaan berkenaan dipelawa menyertai kursus berasaskan kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, bagaimanapun ia terpulang kepada kehendak individu tersebut dan tidak ada sebarang paksaan.

Iklan
Iklan

"Apabila mereka tidak menduduki SPM, kerajaan negeri dan Persekutuan sentiasa memberi ruang dan peluang untuk mereka mengikuti kursus TVET bagi memperbaiki pencapaian akademik mereka.

"Ini kerana apabila mereka mempunyai kemahiran tertentu mereka boleh mencari peluang pekerjaan berdasarkan kemahiran yang ada,” katanya selepas melancarkan Program 3R (Read, Record and Reward) di Perpustakaan Awam Dato' Seri Husni di Chemor, pada Rabu.

Iklan

Sabtu lalu, Khairudin dilaporkan berkata, seramai 1,106 calon SPM 2022 di negeri itu tidak hadir untuk menduduki peperiksaan berkenaan antaranya sudah bekerja atau hilang minat meneruskan pelajaran.

Sementara itu, Khairudin berkata, jumlah guru yang memohon untuk bersara lebih awal di negeri ini lebih ramai berbanding mereka yang bersara wajib, namun setakat ini pihaknya tidak mempunyai statistik mengenai perkara itu.

Iklan

"Antara faktor menarik guru bersara awal ialah mereka tiada lagi tanggungan kerana anak-anak telah tamat belajar dan telah bekerja selain guru terbabit tidak boleh menguasai atau mengikuti perkembangan sistem pendidikan yang sentiasa dinamik,” katanya.

Menurut Khairudin, tindakan guru memilih untuk bersara awal memerlukan kajian secara mendalam kerana mereka yang telah lama berkhidmat memiliki kemahiran dan kepakaran tersendiri.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, berdasarkan rekod, bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi adalah Bahasa Melayu iaitu 2,862, Bahasa Inggeris (1,146) dan Matematik (1,015).

Fadhlina berkata, ia diikuti guru Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483) manakala bagi 2023, kelulusan permohonan bersara pilihan masih dalam pertimbangan pihak agensi pusat. -- BERNAMA

Dapatkan promosi istimewa makanan kucing Tomkraf yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di Shopee Karangkraf Mall sekarang!