Atlet Para Sukma simpan hasrat sambung belajar di UPSI

Iklan

Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang kudung tangan kanan, Nurulain Natasha Marzuki, 20, menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.

Iklan
Iklan

Ujar atlet olahraga Kelantan bagi Temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) itu, statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak pernah menyebabkan dia berasa rendah diri bahkan ia menguatkan lagi semangatnya untuk cemerlang dalam pelajaran.

Nurulain Natasha mencatatkan keputusan cemerlang bagi empat mata pelajaran yang diduduki iaitu Pengajian Am (B), Bahasa Melayu (A-), Kesusasteraan Melayu Komunikatif (A) dan Geografi (B).

Iklan

Bercerita lanjut tentang rahsia kejayaannya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, Kelantan, itu berkata, antara rahsia kejayaannya ialah solat sunat hajat dan duha yang dilakukan bersama mengulang kaji pelajaran selama lima jam setiap hari.

Ujarnya, setiap hari dia akan mula menelaah buku bermula pukul 8 malam hingga 1 pagi di rumah.

Iklan

"Saya menjalani waktu persekolahan seperti biasa pada sebelah pagi dan akan mengikuti latihan olahraga di Panji pada waktu petang.

"Jadi, hanya ada malam masa yang lapang untuk mengulang kaji pelajaran dan fokus menduduki peperiksaan,” kata gadis itu memetik Sinar Harian pada Khamis.

Sementara itu, Pengetua SMK Pengkalan Chepa, Raja Anoro Raja Kob berkata, seramai sembilan pelajar daripada sekolah berkenaan berjaya meraih keputusan PNGK 4.00 dan diberikan hadiah sebanyak RM500 seorang.