Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 baharu sahaja diumumkan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Selayang, Selangor pada Khamis.
Dalam pengumuman tersebut, beliau melahirkan rasa sukacitanya apabila Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional STPM 2022 mencatat peningkatan berbanding tahun lalu iaitu dari 2.79 pada 2021 kepada 2.82 tahun ini.
Selain berkongsi kegembiraan berkenaan PNGK Nasional, Mohd Ekhwan turut mengumumkan 17 pelajar terbaik STPM 2022 yang dipilih MPM bagi menerima wang tunai berjumlah RM1,000, plak dan sijil mengikut kategori yang disediakan.
Senarai 17 pelajar terbaik STPM 2022 tersebut terdiri daripada;
11 Calon Terbaik STPM 2022
1) Tong Jing Yen dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Petaling Jaya, Selangor.
2) Nurul Iman Asmadi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Jerteh, Terengganu.
3) Gee Wei Nee, Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka.
4) Nur Liyana Syahirah Abdullah, SMK Zainab (1), Kota Bharu, Kelantan.
5) Nor Adilah Putri Nor Adzha, SMK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.
6) Chung Lian Zhi, SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor.
7) Tan Pei Jie, Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota, Kuala Lumpur.
8) Aisha Nasuha Zukri Suzita, SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan.
9) Nur Hafiza Sa’ari, SMK Datuk Menteri, Batu Pahat, Johor.
10) Zahrah Zulkifli, SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan.
11) Rafiqah Iwani Hanafi, SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan.
Enam penerima kategori lain
1) Nur Atikah Zailan dari SMK Kota Klias, Beaufort, Sabah - Calon Terbaik STPM 2022 Kategori B40
2) Mazwin Faulin Mohd Azlin, SMK Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang - Calon Terbaik STPM 2022 Kategori Orang Asli.
3) Ooi Xie Lam, SMK Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang - Calon Berkeperluan Khas Kategori Autistik.
4) Foo Shiang Jie, SMK Tinggi Klang, Klang, Selangor - Calon Berkeperluan Khas Kategori Rabun.
5) Muhammad Amir Faris Mohd Firdaus, ST John’S Institution, Kuala Lumpur - Kategori Calon Buta.
6) Nursyuhaila Abdullah, Kolej Tingkatan Enam Kulim, Kedah - Calon Berkeperluan Khas Kategori Spastik.
Majlis penyampaian anugerah kepada 17 pelajar cemerlang tersebut telah disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam majlis yang sama di Dewan Besar, MPM.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi; Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali dan Ketua Eksekutif MPM, Adnan Husin.
Dalam pada itu, MPM turut memberi anugerah kepada tiga calon yang cemerlang dalam kategori masing-masing.
Mereka adalah;
1) Shafique Anuar dari Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah - Calon Terbaik Ujian MUET 2022.
2) Profesor Madya Dr Bimo Ario Tejo, Universiti Putra Malaysia - Calon Terbaik Bagi Peperiksaan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW).
3) Muhammad Afdhal Danish Mohd Rithauddeen, Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Alor Setar, Kedah - Calon Terbaik Mata Pelajaran Sejarah STPM 2022.
Kredit foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia