Berbicara tanpa suara: Komunikasi bahasa isyarat yang semakin mendapat tempat

Iklan

Penguasaan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris dan Mandarin bukan sahaja memberi kelebihan dalam diri setiap individu malah ia membuka lebih banyak peluang serta memberi nilai tambah dalam usaha memperkasakan kemahiran berkomunikasi.

Hari ini dapat dilihat ramai daripada kita ingin menguasai lebih daripada satu bahasa selain daripada bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Bahasa isyarat merupakan bahasa yang bergantung kepada kaedah komunikasi menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat kepada orang pekak dan bisu dan ia telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi orang pekak di negara ini melalui Akta Orang Kurang Upaya 2008 atau Akta 685.

Iklan
Iklan