Bintang Kecil Mini Fest 2023 dihadiri lebih 2,000 kanak-kanak dan ibu bapa

Iklan
Kemeriahan yang luar biasa dalam Bintang Kecil Mini Fest 2023 yang diadakan di Plaza Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Lebih 2,000 kanak-kanak dan ibu bapa memeriahkan program Bintang Kecil Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Bintang Kecil Mini Fest 2023 yang dianjurkan portal digital Bintang Kecil di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) bertujuan menanam keyakinan diri dan kemahiran sosial kanak-kanak dengan menyediakan platform kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebaya serta melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

Aktiviti mewarna juga mendapat sambutan hebat dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar.

Iklan
Iklan

Ia juga berobjektif menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan serta menonjolkan bakat kemahiran untuk kejayaan masa depan.

Bintang Kecil Mini Fest 2023 yang dikuasakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Karihome dan Plaza Shah Alam telah dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim.

Syamil Fahim (empat dari kanan) merasmikan program Bintang Kecil Mini Fest 2023 anjuran portal digital Bintang Kecil di bawah Nu Ideaktiv.

Iklan

Hadir sama, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha; Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad dan Pengarah Hal Ehwal Evergreen Venues Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Habib.

Turut hadir, beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Mark Adam, Yana Samsudin, Shaza Bae dan Fiza Frizzy selaku pengacara majlis.

Iklan

Sementara itu, Sheikh Muszaphar turut berkongsi petua untuk berjaya di alam persekolahan dan kehidupan dalam Bintang Kecil Mini Fest 2023.

Dalam perkongsian berkenaan, beliau menekankan pentingnya menetapkan matlamat yang jelas dan mengekalkan rasa tekad yang kuat.

Angkasawan Negara tersohor tersebut turut berkongsi kepentingan mempunyai minda untuk berkembang maju, menerima cabaran dan mencari peluang untuk pembelajaran berterusan.

Unit beruniform Pengakap tidak ketinggalan mengikuti perarakan mega pada Bintang Kecil Mini Fest 2023.

Dalam pada itu, pelbagai acara menarik turut disediakan kepada para peserta sepanjang Bintang Kecil Mini Fest 2023 berlangsung.

Antaranya, perarakan mega oleh pelbagai unit badan beruniform yang menampilkan 350 murid dari empat buah sekolah terpilih sekitar Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa; SK Bandar Anggerik; SK Seksyen 9 Shah Alam dan SK Kepong.

Selain itu, sebahagian peserta turut berpeluang menyertai persembahan haka yang diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM); pertandingan Dewi Cilik; pertandingan mewarna dan sebagainya.