Sekolah vernakular medium perpaduan - Menteri Perpaduan 

Iklan


Dakwaan bahawa sekolah vernakular adalah tidak berasas.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, hakikatnya ia kini merupakan medium penyatuan antara kaum.

Menurutnya, pelajar tanpa mengira bangsa terutama yang berbangsa Melayu rata-ratanya kini boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.

"Selepas kita mengadakan satu wacana, forum, perbahasan antara tokoh dan negarawan, didapati sekolah vernakular itu memberi manfaat kepada orang bukan Cina, bukan India, khususnya orang Melayu yang sekarang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Mereka sekarang semua sudah pandai cakap Mandarin dan Tamil dan sama juga di Sarawak,” kata beliau memetik Awani pada Khamis.

Kenyataan Aaron itu merujuk kepada cadangan Tun Dr Mahathir yang mahu sekolah vernakular dimansuhkan.

Ujar Mahathir, tindakan itu merupakan cara terbaik merapat jurang antara kaum melalui pendidikan.