Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Empat untuk tahun 2024 kini telah dibuka secara dalam talian hingga 20 Oktober depan.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuat pengumuman itu menerusi platform media sosialnya dengan mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains Mara (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Antara syarat kemasukan tersebut adalah terdiri daripada;
1) Warganegara Malaysia
2) Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
3) Sihat tubuh badan
4) Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam oleh MARA
5) Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
Manakala syarat untuk pemohon adalah seperti berikut:
1) Tingkatan Satu 2024: Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012
2) Tingkatan Empat 2024: Lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai permohonan berkenaan, para pelajar, ibu bapa dan orang ramai boleh melayari laman sesawang https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Semoga berjaya!