Ini kata UM mengenai pelaksanaan Polisi Kutipan Hutang Pelajar dalam kalangan mahasiswa mereka!

Iklan

Pelaksanaan Polisi Kutipan Hutang Pelajar atau Zero Balance Policy yang dilaksanakan pada tahun 2021 oleh Universiti Malaya (UM) mula diperkatakan ramai apabila seorang mahasiswanya berkongsi video di aplikasi TikTok mengenai polisi tersebut.

Mahasiswa yang dikenali sebagai Nazirah Abdullah itu berkata, polisi berkenaan seakan menindas para penuntut terutamanya kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Iklan
Iklan

Selain Nazirah selaku Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), terdapat beberapa isu lagi yang diketengahkan oleh mahasiswa UM berhubung pelaksanaan Zero Balance Policy itu.

Berikutan itu, UM dalam satu kenyataan media tampil membuat penjelasan mengenai pelaksanaan polisi yang bermula pada 2021.

Iklan

Ujar kenyataan itu, pelaksanaan sedemikian dibuat berdasarkan beberapa ketetapan.

Ketetapan yang dimaksudkan oleh UM adalah bagi mahasiswa yang berhutang di bawah tajaan, pendaftaran untuk semester berkenaan adalah dibenarkan, namun menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan pihak penaja membuat penyelesaian hutang tersebut.

Iklan

"Justeru, penuntut di bawah tajaan boleh berhubung secara terus dengan Jabatan Bendahari UM dalam perkara yang melibatkan yuran tajaan dan perihal pendaftaran," ujarnya.

Selain itu, kenyataan media tersebut turut menjelaskan, pihak universiti mendapati hanya kurang daripada empat peratus penuntut yang berkemungkinan terkesan kerana tidak mengemas kini status penajaan atau mempunyai tajaan/bantuan pendidikan atau benar-benar memerlukan bantuan kewangan.

"Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) akan menyelaras sebarang rayuan untuk permohonan bantuan kewangan yang tertakluk kepada kelayakan.

"Mahasiswa dalam kategori ini juga dibenarkan mendaftar dan perlu menyelesaikan baki yuran sebelum minggu ketujuh Sesi Akademik untuk Semester 1 2023/2024.

"Pentadbiran universiti memberi jaminan bahawa semua permohonan dan rayuan yang diterima akan disemak dan diproses dengan kadar segera,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, UM memberitahu, pihak universiti mengalami tren kenaikan penghutang dalam kalangan penuntut sebanyak RM51.20 juta pada 30 Jun 2023 berbanding RM47.33 juta pada 31 Dis 2022.

"Pihak universiti berkeyakinan dengan berdasarkan ketetapan itu, pelaksanaan polisi ini tidak akan membebankan mereka dan mampu membantu usaha menangani isu penghutang para penuntut yang dihadapi universiti,” kata UM.