Ini yang akan dilakukan KPM terhadap guru menghisap vape di hadapan pelajar

Iklan
Fadhlina Sidek

Guru yang didapati menghisap vape atau peranti rokok elektronik di hadapan pelajar akan dikenakan tindakan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat aduan tentang salah laku berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita boleh ambil tindakan sekiranya didapati ia akan memberikan kesan yang buruk kepada ekosistem di sekolah,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang bangun mencelah ketika sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Negara pada Selasa.

Mohd Hisamudin bertanyakan tindakan KPM terhadap guru yang merokok di hadapan pelajar, sedangkan tumpuan kementerian ketika ini adalah kempen larangan menghisap vape dalam kalangan pelajar.

Iklan

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997:Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok, ketetapan telah dibuat untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.

Semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah.

Iklan

Sementara itu, Fadhlina juga secara berseloroh berkata, larangan merokok atau menghisap vape juga terpakai kepada ‘Yang Berhormat’ di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.