Guru kesal, murid ada masalah pembelajaran tidak dapat perhatian sewajarnya daripada ibu bapa

Iklan

Kelas Pendidikan Khas bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran kadang kala masih mendapat stigma yang negatif dalam sesetengah ibu bapa di negara ini.

Tambah menyedihkan, ada ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak mempedulikan perkembangan tersebut kerana tidak dapat menerima hakikat tentang masalah tersebut.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, seorang guru yang juga pempengaruh iaitu Cikgu Fadli berkongsi satu hantaran di laman sosial Facebook tentang hasil tugasan seorang murid Tahun Tiga kelas pemulihan yang didakwa mempunyai masalah pembelajaran.

Di sini, Sinar Bestari kongsikan sebahagian daripada hantaran yang dimuat naik oleh guru Matematik berkenaan.

Iklan

***

Hasil kerja murid Tahun Tiga.

Iklan

Murid ini masuk pemulihan sejak Tahun Satu. Guru mata pelajaran dan guru pemulihan kesan murid ini kemungkinan besar ada masalah pembelajaran.

  1. 1. Dia tak boleh fokus
  2. 2. Bila bercakap mata pandang tempat lain
  3. 3. Sangat pendiam dan tak pernah libatkan diri dalam apa-apa aktiviti pembelajaran dalam kelas
  4. 4. Hasil kerja yang sangat lemah. Walau sekadar minta salin balik apa yang guru tulis, dia gagal.

Guru pemulihan buat ujian saringan awal untuk kesan samada murid ni benar-benar ada masalah pembelajaran.

Hasil ujian awal, memang ternyata murid ni ada masalah pembelajaran. Maka ibu bapa dimaklumkan untuk bawa anak mereka ke hospital dan berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk pengesahan pakar.

Hanya pengesahan dari doktor pakar kanak-kanak sahaja membolehkan murid ini mendapat kad orang kurang upaya (OKU) (masalah pembelajaran) seterusnya dimasukkan ke Kelas Pendidikan Khas.

Bagaimanapun, apa yang mengesalkannya adalah tiada sebarang tindakan yang diambil oleh ibu bapa tersebut dan kesannya murid itu dibiarkan berada di aliran perdana.

Jelasnya, ia menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas.

Hak dia dinafikan oleh ibu bapa dia sendiri. Tiada apa lagi yang mampu kami sebagai guru nak bantu anak ini.

Keluarga yang ada anak-anak Autisme, Disleksia, Diskalkulia, Disgraphia, Hyper, ADHD dan seumpamanya memang sebahagian mereka in denial dan tak terima kenyataan.

Akhirnya kesan dan akibat, anak mereka yang tanggung.