KPM jamin keselamatan semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya

Iklan
KPM mengambil perhatian ancaman keselamatan di beberapa buah sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid serta seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.

Menurut KPM dalam satu kenyataan media pada Rabu, kementerian mengambil perhatian ancaman keselamatan di beberapa buah sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.

Iklan
Iklan

"KPM memandang serius isu ini dan sentiasa mengutamakan keselamatan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan bawah KPM.

"Kerjasama erat KPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dapat menjamin keselamatan di semua institusi pendidikan," kata KPM dalam kenyataan tersebut.

Iklan

Sementara itu, semua institusi pendidikan KPM diminta untuk mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

Sebarang ancaman keselamatan perlu dilaporkan segera kepada PDRM dan KPM.

Iklan

Pada waktu yang sama juga, institusi pendidikan perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Terdahulu tular mesej di laman sosial mengenai ancaman bom menerusi e-mel tanpa nama yang diterima beberapa sekolah antarabangsa.

Difahamkan, pihak polis menerima laporan mengenai ancaman bom di beberapa buah sekolah di seluruh negara daripada e-mel individu tidak dikenali.

Ancaman bom tersebut membabitkan sekolah-sekolah di bawah kelolaan KPM, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta yang beroperasi dalam negara.