Politeknik Ungku Omar bakal dinaik taraf Politeknik APEX Putrajaya

Iklan
PUO bakal menjadi institusi TVET di Malaysia berstatus APEX dan berteknologi unggul, berdaya saing dan berprestij.
Politeknik Ungku Omar (PUO) menyambut baik rancangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dinaik taraf sebagai sebuah Politeknik APEX.

POU dalam satu kenyataan memaklumkan, rancangan itu disuarakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sewaktu menghadiri Majlis Peluncuran Transformasi Politeknik (2022-2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

Menurutnya, pengumuman itu melambangkang PUO bakal menjadi sebuah institusi TVET di Malaysia berstatus APEX dan berteknologi unggul, berdaya saing dan berprestij.

"Politeknik APEX merupakan inisiatif strategik menaik taraf PUO sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi negara yang menyediakan program TVET termaju (advanced TVET) berpaksikan elemen praktikal, teknologi terkini.

"Ia bagi memastikan PUO kekal unggul dan relevan di persada pendidikan tinggi negara dan secara global," maklumnya di sini.