Fadhlina terima warkah istimewa

Iklan
Dua keping surat ditujukan khas buat Fadhlina.

Reaksi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membalas surat daripada seorang murid menarik perhatian para netizen di Facebook.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Fadhlina, menteri itu menjawab isi kandungan yang dinukilkan oleh murid dikenali sebagai Muhammad Darwisy Aimi.

Iklan
Iklan

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Muhammad Darwisy kerana sudi mengutuskan dua pucuk surat yang ditulis sendiri oleh murid tersebut.

Fadhlina juga berkata, nukilan oleh murid itu dijadikan semangat buatnya untuk terus berusaha sebaiknya dalam membangunkan sistem pendidikan negara dan masa depan anak-anak Malaysia.

Iklan

"Saya doakan keafiatan dan kejayaan untuk adik dan sentiasalah berbuat baik sesama insan.

"Saya sungguh terharu apabila menerima surat istimewa ini da amat mengalu-alukan anak-anak murid untuk menghantar warkah kepada saya.

Iklan

"Terima kasih di atas sokongan dan saya tunggu kedaangan warkah anak-anak yang lain," maklum Fadlina di Facebooknya pada Rabu.

Menteri itu juga sempat menukilkan dua rangkap pantun berbunyi,

Terima kasih daun keladi,

Ada masa tulis surat lagi.

Maklum balas Fadhlina susulan menerima warkah istimewa daripada seorang murid.

Sementara itu, Muhammad Darwisy menerusi suratnya mengucapkan terima kasih kepada Fadhlina kerana menjadi pembimbing dalam industri pendidikan negara termasuk membenarkan murid-murid menghadiri sesi persekolahan dengan memakai pakaian sukan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan Yang Berhormat dalam bidang pendidikan negara. Antaranya membenarkan kami memakai pakaian sukan di sekolah ekoran cuaca panas melampau. Ini member keselesaan kepada kami untuk belajar di sekolah," tulisnya.

Muhammad Darwisy mengakhiri warkahnya dengan empat rangkap pantun,

Pecah kaca pecah gelas,

Sudah baca harap balas.