Qixian Cao pemain kiub Rubik terpantas dunia

Iklan
Cao berjaya menyelesaikan kiub Rubik 3x3x3 dalam masa 5.97 saat sahaja.

Hanya 5.97 saat sahaja diperlukan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun untuk diiktiraf sebagai pemain kiub Rubik terpantas dunia.

Qixian Cao yang berasal dari Wilayah Jiangsu, China menjadi individu pertama memecah rekod dunia menyelesaikan kiub Rubik 3x3x3 dalam Kejohanan Kiub Rubik Antarabangsa di Singapura.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Oddity Central, Cao mula bermain Rubik sejak berumur tiga tahun selepas sepupunya mengajar seni 'speed cubing' bagi menyelesaikan mainan teka-teki mekanik secara pantas.

Bagaimanapun selepas kira-kira setahun, kanak-kanak bijak ini dikatakan semakin mahir sehingga membuatkan sepupunya enggan mengajar lagi dek kebolehan kecepatan bermain kiub.

Iklan

Menurut ibu-bapanya, Cao sangat meminati permainan kiub Rubik.

Dia sering berlatih selama dua hingga tiga jam sehari dan prestasinya semakin baik.

Iklan

Kadang-kala, dia turut gagal melakukan kecepatan permainan itu dan sering merujuk masalah kepada keluarganya.

"Dia tersekat pada 12 saat apabila cuba mencapai kecepatan 10 saat selama tiga bulan.

"Atas semangat jitu dan tidak mudah berputus asa, lama-kelamaan prestasinya semakin baik," kata ibunya, Cao Xian.

Xian berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka anaknya dapat memecah rekod dunia secepat itu.

"Selama dua hingga tiga hari selepas pulang ke China, kami rasa masih bermimpi lagi,” ujarnya. - Agensi