KPM siasat video guru besar kasari murid

Iklan
Siasatan segera sedang dijalankan KPM bagi memastikan isu berkenaan diselesaikan segera.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius video yang kini sedang tular berkenaan kekasaran guru besar terhadap murid lelaki di majlis rasmi sekolah.

KPM dalam kenyataan media pada Khamis memaklumkan, siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan segera.

Iklan
Iklan

"Golongan pendidik dinasihatkan untuk sentiasa memelihara etika dan menjunjung tinggi martabat dan profesionalisme profesion keguruan.

"KPM komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara,” maklum kenyataan itu.

Iklan

Terdahulu, tular video berdurasi 41 saat melibatkan guru besar memarahi dan memukul bahagian kepala murid lelaki di sekolah di Terengganu.

Video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali Siti Hajar mendapat 490,000 tontonan dan 5,600 perkongsian sejak Rabu lalu.

Iklan

Dalam video tersebut, rata-rata netizen marah dengan tindakan dilakukan guru besar berkenaan.

"Salah tetap salah tapi bukan itu caranya nak mengajar anak murid"

"Budak itu akan kemurungan seumur hidup dia. Kesian sangat-sangat"

"Zaman dulu, tak ada pun cikgu bersikap begini. Makin berani para guru sekarang, dah lah depan khalayak ramai"

"Nak marah pun, panggil ke bilik gurulah"