Memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik adalah salah satu perkara utama lebih-lebih lagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dengan sindrom autisme dan memerlukan pendidikan khas.
Anak-anak yang sudah didiagnos dengan autistik ini memerlukan kaedah pendekatan yang tersendiri bagi memastikan mereka mampu belajar dan berfikir mengikut perkembangan masing-masing.
Ia juga adalah untuk mendorong minat mereka dalam mencari keistimewaan yang terpendam dalam diri tanpa disedari.
Berkongsi kisah akan perkara ini, Sinar Bestari tertarik untuk mengetengahkan isu pendidikan anak-anak autisme yang sama pentingnya dengan anak-anak normal lain.
Iklan
Jom kita dekati mereka!