300 bakal ikuti Program Hidup Sihat Lestari

Iklan
Program Hidup Sihat Lestari bakal diadakan di SK Darau pada 6 Januari 2024. Gambar kecil: Aliuddin.

Kira-kira 300 pengunjung bakal memeriahkan Program Hidup Sihat Lestari pada 6 Januari 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, Sabah.

Menurut Jurucakap Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Darau, Aliuddin Majid, program bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang lestari kepada seluruh warga sekolah berkenaan.

Iklan
Iklan

"Konsep gaya hidup sihat merupakan satu kempen hasil cetusan dan keprihatinan kerajaan dalam melahirkan masyarakat sihat, cerdas, sejahtera dan bebas daripada sebarang penyakit.

"Justeru, inilah program sesuai dijadikan platform untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta berkaitan amalan gaya hidup sihat yang lestari sekali gus memberi impak positif kepada pencapaian misi dan visi organisasi," kata Aliuddin dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Aliuddin berkata, pelbagai aktiviti disajikan kepada orang ramai yang datang ke program berkenaan.

Antaranya ceramah kesihatan, ceramah keibubapaan dan program derma darah, gerai pameran dan cabutan bertuah.

Iklan

Untuk info, Program Hidup Sihat Lestari yang bermula pada jam 7 pagi di SK Darau, dijangka dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.