Pelajar SPM, STPM cemerlang di Kudat bakal terima habuan

Iklan
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh MP Kudat tentang insentif yang bakal diberi kepada pelajar cemerlang SPM/STPM.

Berita gembira menanti kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di bawah Parlimen Kudat akan menerima 'habuan' jika mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

Perkara itu diumumkan oleh Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda menerusi video beliau yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, cadangan itu telah dikemukakan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kudat untuk memberikan insentif kepada pelajar sebagai motivasi kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

"Saya telah berbincang dengan Pegawai Pendidkkan Daerah Kudat untuk memberikan semangat yang lebih lagi sebagai dorongan kepada pelajar-pelajar ini, maka saya telah mencadangkan agar sekolah-sekolah yang terletak di dalam Parlimen Kudat yang menduduki SPM, saya akan memberikan insentif sebanyak RM300 kepada pelajar yang mendapat 5A dan ke atas dan pelajar terbaik akan mendapat RM1,000.

Iklan

"Begitu juga saya panjangkan insentif ini kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki STPM iaitu tawaran saya ialah kepada mereka yang mendapat keputusan 3.5 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dan ke atas akan mendapat RM300 dan pelajar terbaik akan mendapat akan mendapat RM1,000," katanya.

Sebelum itu, Verdon turut mengucapkan semoga semua pelajar berjaya menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada 8 Januari ini dan STPM yang sedang berlangsung kini.

Iklan

"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar semua dan saya ucapkan syabas dan tahniah serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga yang telah bertungkus lumus untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak kita khususnya di Parlimen Kudat," katanya.