Peserta kursus mediasi UUM peroleh sijil mediator, jadi nilai tambah tingkat kebolehpasaran graduan

Iklan
uum3

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan kursus perundingan penyelesaian pertikaian (Alternative Dispute Resolution) melalui mediasi bagi memberi nilai tambah sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Iklan
Iklan

Seramai 31 peserta mengambil bahagian dalam kursus berkenaan dan menerima Sijil Pengantara (Mediator) yang dikeluarkan oleh The Accord Group dari Sidney, Australia.

Iklan

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kursus ini julung kali dianjurkan oleh Pusat Pengajian Undang-undang UUM dengan kerjasama perunding yang ditauliahkan dari The Accord Group, Sydney, Australia, iaitu ZRTA Group Sdn Bhd.

Iklan

"Program ini turut mendapat tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Geran PENJANA KPT PACE atau Profesional Certification yang mula diperkenalkan pada tahun 2019.

"Kursus yang dianjurkan selama lima hari ini dikendalikan oleh tokoh dalam bidang perundangan iaitu Datuk Zainul Rijal Abu Bakar bersama-sama jurulatih dan perunding yang terlatih pastinya memberi manfaat kepada pelajar dan graduan UUM,” katanya ketika berucap merasmikan Mediation Process and Skills Course Programme di Mahkamah Mut, Bangunan UUM COLGIS, baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UUM, Nazira Abdul Rahim, Ketua Perunding ZRTA Group Sdn Bhd, Zainul Rijal dan Penolong Naib Canselor UUM COLGIS merangkap Pengarah Pejabat Pengurusan Risiko UUM, Profesor Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan.

Haim Hilman turut melahirkan rasa bangga dan gembira dengan inisiatif dari Pusat Pengajian Undang-undang dalam memastikan graduan mereka tidak hanya dilengkapi dengan ijazah akademik, malah peserta kursus juga mendapat Sijil Mediator yang menjadi nilai tambah tersendiri kepada graduan untuk kekal berdaya saing dan memenuhi kehendak industri.

"Sijil pengantara ini pastinya dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan sama ada di dalam organisasi, firma yang sedia ada atau pun menubuhkan firma sendiri sekali gus mencipta peluang kerjaya kepada pihak lain dan memenuhi hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang berketrampilan serta boleh memberikan manfaat kepada masyarakat selaras dengan moto UUM iaitu Ilmu Budi Bakti," ujarnya.

Dalam pada itu, Zainul Rijal yang juga Ketua Perunding ZRTA ketika ditemui berkata, kursus mediatasi selama 40 jam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini memberi penekanan dalam aspek kemahiran untuk menjadi mediator.

Katanya, kelulusan yang diperoleh itu akan memberi peluang kepada graduan-graduan untuk mempelbagaikan kemahiran mereka dengan menjadi peguam tetapi dalam masa yang sama boleh juga bertugas sebagai mediator.

"Kini peluang untuk mereka lebih luas kerana bukan sahaja menjadi peguam atau hakim tetapi boleh juga menjadi mediator,” jelasnya.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Undang-undang UUM, Profesor Madya Dr Yusramizza Md Isa @ Yusuff berharap peserta kursus dapat menggunakan kemahiran mereka untuk membantu masyarakat menyelesaikan masalah, perselisihan dan pertikaian dalam kalangan ahli keluarga, kejiranan mahupun organisasi.

"Litigasi di mahkamah merupakan pendekatan tradisi dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian namun dalam masyarakat moden hari ini, pendekatan penyelesaian pertikaian secara alternatif sering digunakan oleh pihak yang bertikai untuk menyelesaikan masalah mereka secara cepat dengan kos yang efektif.

"Oleh itu, saya berharap pendekatan mediasi ini dapat membantu pihak–pihak yang bertikai mencapai persefahaman dan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan perjanjian yang dipersetujui tanpa menzalimi mana-mana individu," kongsinya.