Tempat belajar menunggang kuda, ini antara senarai yang boleh dikunjungi
Iklan
Aktiviti menunggang kuda dilihat sebagai satu riadah luar yang makin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita.Ini kerana, pelbagai pendedahan dan keistimewaan sukan berkuda telah diuar-uarkan, malah ramai mengandaikan kemahiran menunggang kuda boleh dikuasai segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur.Jurulatih Berkuda, Nadi Equestrian, Abu Dzar Az-Zawra, 36, berkata, terlalu banyak manfaat aktiviti berkuda dari sudut kesihatan terutamanya seperti pembaikan postur badan dan keseimbangan."Namun yang paling menarik minat saya ialah sukan berkuda ini dapat membina tahap kepimpinan."Bayangkan untuk mengawal kuda yang saiznya dua atau tiga kali ganda saiz tubuh manusia, namun ia dapat dikawal mengikut arahan walaupun penunggangnya seorang kanak-kanak.[caption id="attachment_36638" width="400"] Abu Dzar[/caption]"Latihan ketegasan dalam memberi arahan serta pengawalan pergerakan kuda agar selari dengan arahan secara tidak langsung membina jati diri dan tahap kepimpinan penunggang."Penunggang baharu biasanya agak sukar untuk mengawal kuda kerana kurang keyakinan serta tiada ketegasan. Matlamat latihan bukan sekadar penunggang stabil dan tidak jatuh, mereka juga perlu menguasai kaedah pengawalan kuda yang betul agar kuda sentiasa menyempurnakan tugas yang diberikan dan kadar keyakinan diri penunggang kuda biasanya akan meningkat setelah kerap menjalani latihan," katanya ketika ditemu bual Sinar Bestari baru-baru ini.Beliau yang sudah berkecimpung dalam sukan kuda sejak tahun 2013 memberitahu, menunggang kuda sangat sesuai bagi pelajar sekolah."Menunggang kuda sangat memerlukan keseimbangan seluruh badan dan kerana itu, otak akan bekerja keras agar badan sentiasa seimbang."Kesan latihan berkuda bagi seorang pelajar dapat dilihat di mana kategori lemah berfikir biasanya akan lebih cergas. Yang terlalu aktif pula menjadi lebih teratur cara berfikirnya dan pengalaman saya sendiri melihat perubahan ketara pada kanak-kanak istimewa seperti austime apabila mereka mengikuti sukan berkenaan," ujarnya.Baca juga Inspirasi ramai! Pelajar 10A+ SPM kongsi rahsia kejayaan untuk calon SPM 2021Gigih cungkil bakat murid Orang Asli dalam robotik. Akhirnya, usaha Cikgu Mohd Zulkhairi berbaloi!Sementara itu, untuk menjadi seorang penunggang kuda yang hebat, Abu Dzar berkongsi beberapa tip menarik untuk pembaca Sinar Bestari."Penguasaan aktiviti berkuda memerlukan ‘memori otot’ yang kuat di mana ia terhasil apabila latihan diadakan dengan kerap."Selain itu, setiap penunggang juga, perlu menguasai kemahiran asas dalam tempoh yang ditetapkan. Setelah mahir, disarankan berlatih pula dengan kuda-kuda yang berbeza di pusat atau kelab kuda lain bagi meningkatkan mutu pengawalan kuda kerana setiap kuda mempunyai karakter yang berbeza," ujarnya.Dalam pada itu, Abu Dzar berkata, aktiviti berkuda tetap ada risikonya walaupun ia antara sukan kegemaran ramai."Risiko jatuh sangat tinggi. Sebab itu, penunggang perlu mencari tempat bersesuaian bagi membantu meringankan risiko kecederaan sekiranya jatuh," jelasnya.Sebagai membantu peminat sukan berkuda menjalani latihan atau menunggang kuda sebagai hobi, Abu Dzar kongsikan beberapa tempat untuk beriadah dengan sukan berkenaan.