GMSN umum Program Fellowship Pasca Kedoktoran, 3 calon berjaya dipilih
Iklan
BANGI – Pusat Jaringan Global Pengajian Malaysia (GMSN) mengumumkan tiga calon yang telah berjaya dipilih untuk mengikuti Program Fellowship Pasca Kedoktoran yang pertama kalinya diperkenalkan.Tiga calon tersebut dibimbing oleh sarjana kanan daripada tiga rakan universiti GMSN iaitu Universiti Pennsylvania (UPENN), Universiti Goethe Frankfurt (Goethe) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) selama tiga bulan.Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti program tersebut ialah Dr Nicholas Gani dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang Arkeologi, Dr Izawati Wook dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Perundangan dan Dr Muhamad Nadzri Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Politik dan Pengajian Antarabangsa.Baca jugaUPSI wujudkan JITU, gariskan 7 inisiatif pasukan berjayaBerkat doa ibu bapa dan pensyarah, sukarelawan ini turut cemerlang akademikTiga individu yang berjaya dipilih itu dijangka akan menerbitkan buku daripada tesis Doktor Falsafah (PhD) mereka dengan bimbingan daripada mentor pada penghujung program.Mereka juga akan membentangkan penyelidikan pada persidangan sulung GMSN akhir tahun ini.Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, GMSN telah menerima sokongan penyelidik dari universiti seluruh negara untuk permohonan program itu yang merangkumi pelbagai disiplin."Program Fellowship GMSN akan diadakan secara maya untuk mempromosikan penyelidikan ilmiah dan kerjasama dalam Kajian Malaysia."Matlamatnya adalah bagi menyediakan peluang untuk memperkuatkan bidang kajian dengan sumbangan penyelidikan daripada penyelidik di seluruh dunia," katanya.Pengasas Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang juga ketua projek berkata, program ini adalah untuk menyokong penyelidik muda dengan bimbingan daripada senior akademik secara global."Kami berharap kerjasama ini akan meningkatkan pemahaman tentang Malaysia sekali gus membawa kajian ke peringkat seterusnya,"ujarnya dalam kenyataan tersebut.