10 istilah kesusasteraan yang sering digunakan guru dan pelajar. Ini definisinya

Iklan
pexels-wallace-chuck-3109167

Terdapat 10 istilah kesusasteraan yang sering digunakan oleh guru dan pelajar ketika proses pembelajaran.

Iklan
Iklan

Antara istilah tersebut adalah analogi, analisis, anekdot, atika, apolog, bait, diksi, epilog, jargon dan kritikan.

Iklan

Dalam konteks ini, adakah pelajar benar-benar memahami maksud istilah tersebut?

Iklan

Bagaimana pula dengan makna kesusasteraan? Fahami atau tidak?

Sinar Bestari kongsikan definisi kesusasteraan dan istilah-istilah lain yang terdapat dalam bidang tersebut.

Semoga menjadi panduan buat semua terutamanya pelajar yang meminati aliran berkenaan.

*****

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan bermaksud seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa (novel, sajak, dan lain-lain), karang-mengarang, persuratan, seni sastera.

Ia juga membawa makna hasil daripada mengarang (menyajak dan lain-lain); pengetahuan dalam hal sastera dan karya-karya yang tergolong dalam seni sastera.

Dari segi etimologi, kesusasteraan berasal daripada cantuman kata 'Su' dan 'Sastra' dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud karya yang indah dan berguna. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud"kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya."

Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

Dan ini pula, definisi istilah kesusasteraan.

1) Analogi

Perbandingan antara dua perkara atau keadaan yang mempunyai persamaan dalam beberapa aspek tertentu. Dalam hujahan dan ilmu logik, analogi kerap digunakan untuk membentuk pernyataan.

2) Analisis

Dalam bidang kritikan, analisis kini bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya.

3) Anekdot

Kisah pendek yang menceritakan suatu episod atau peristiwa yang menarik. Lazimnya ia merupakan penceritaan tentang kehidupan seorang manusia yang menonjol wataknya dan harus pula berdasarkan unsur yang benar.

4) Atika

Karangan yang mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan suatu gaya yang jelas, mudah, halus lagi bijaksana.

5) Apolog

Kisah rekaan yang lebih dikenali sebagai"cerita dongeng". Watak -watak dalam cerita yang dapat digolongkan sebagai apolog biasanya terdiri daripada haiwan atau sebarang objek yang beraksi sebagai manusia dan lazimnya menggambarkan tentang kelemahan atau kebodohan manusia.

6) Bait

Istilah yang berasal daripada Bahasa Arab ini bermaksud"rumah" dan dalam kaedah ikatan syair Arab ia digunakan dengan maksud"rangkap". Kerja membuat syair itu mereka kiaskan kepada kerja membuat rumah atau mendirikan khemah.

7) Diksi

Pemilihan dan penggunaan kata dalam percakapan atau dalam penulisan. Nilai diksi sebenar dilihat dari segi pemilihan perkataan yang tepat untuk maksud tertentu yang hendak disampaikan, penggunaan kata munasabah dan penggunaan perkataan yang jelas dan khusus.

8) Epilog

Pernyataan sebagai penutup sesebuah tulisan atau karya sastera, mungkin berupa lampiran yang disertakan pada sesebuah karangan.

9) Jargon

Bahasa yang sukar difahami atau bahasa yang penuh dengan istilah-istilah yang khusus.

10) Kritikan

Cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengelas, menghurai, dan menilai karya kesusasteraan. Istilah ini telah digunakan sejak kurun ke-17.

Sumber: Buku Glosari Istilah Kesusasteraan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Artikel berkaitan 

Pemantauan dan libat urus di negeri Sarawak, ini catatan peribadi Dr Mohd Radzi

5 tip menyediakan poster pembentangan yang berkesan, cikgu-cikgu pasti tidak pening lagi

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2021, ini 8 biasiswa yang anda boleh pohon


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok