Beberapa hari ini tentunya ibu bapa kekeringan idea mencari hadiah yang bersesuaian untuk diberikan kepada cikgu bersempena Hari Guru 2022.
Hadiah seperti pensel, buku, magnet peti sejuk, tudung, pen, al-Quran, tasbih dan sebagainya mungkin sudah menjadi kebiasaan untuk dihadiahkan kepada warga pendidik.
Iklan
Bagaimana pula dengan hadiah yang lain?
Iklan
Masih adakah barangan bersesuaian yang boleh dihadiahkan kepada cikgu-cikgu tersayang?
Dengan ini, Sinar Bestari rangkumkan sebahagian hadiah Hari Guru seperti yang dipetik dalam beberapa laman Facebook, untuk dijadikan contoh buat ibu bapa yang masih 'tiada idea' membeli hadiah buat cikgu.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda semua.