Ini 7 panduan buat bakal mahasiswa, hala tuju selepas SPM
Iklan
Minggu lalu, semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah mendapat keputusan peperiksaan masing-masing dan kini mereka akan menentukan hala tuju masa depan untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.Apa yang diperlukan adalah melengkapi diri dengan pelbagai persiapan meliputi aspek kewangan, mental dan fizikal.Sekiranya telah membuat persediaan yang rapi, maka mudah untuk menyesuaikan diri ketika berada di institusi pengajian tinggi (IPT) kelak.Menurut Pensyarah Program Sains Pembangunan, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Suhana Saad, pembelajaran di sekolah agak berbeza dari IPT kerana di pusat pengajian tinggi banyak pilihan jurusan dan aktiviti yang disediakan."Justeru, para pelajar perlu mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin dan jadikannya sebagai asas untuk menentukan siapa anda pada masa hadapan kerana tidak semua orang dapat kesempatan belajar seperti anda."Gunakan peluang ini untuk menjadi manusia berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak supaya dapat mengubah nasib diri serta keluarga," katanya yang berpengalaman sebagai pensyarah lebih dua dekad.Tambah Suhana, dengan teknologi yang ada pelajar sekarang sangat bertuah untuk mendapatkan sumber maklumat tanpa perlu bergantung dengan bahan dari perpustakaan sepenuhnya.Ujarnya lagi, ijazah bukan jaminan pekerjaan kepada bakal graduan pada masa kini. Sebaliknya, mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah yang lain agar menjadi idaman majikan. Bersama ini Sinar Bestari berkongsikan tujuh tip penting daripada Suhana sebagai panduan untuk bakal mahasiswa menjadi graduan cemerlang dari aspek akademik dan kemahiran insaniah;
- Belajar berkumpulan sangat penting. Pilih rakan yang boleh berikan komitmen dalam setiap tugasan bagi setiap kursus yang dipilih seperti dipertanggungjawabkan.
- Libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dapat mengasah bakat komunikasi, kepemimpinan dan jaringan dengan masyarakat melalui aktiviti yang dilakukan.
- Jangan lepaskan peluang sekiranya ada tawaran pertukaran pelajar kerana dari situ anda akan dapat belajar berkaitan budaya dan tempat orang.