PIBG SK Dato' Wan Kemara buat ini hingga mampu sumbang van kepada sekolah

Iklan
image4
[caption id="attachment_5804" width="652"]                  Mohamad (dua, kanan) bersama Mohd Nizam (kanan) bergambar di hadapan van sumbangan PIBG.[/caption]CHANGLUN - Kegembiraan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara tidak dapat digambarkan apabila menerima sumbangan van daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ketika majlis Makan Malam Alumni yang dilancarkan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Dato Sri Mohd Johari Baharum.Yang Dipertua PIBG SK Dato’ Wan Kemara, Zainol Abidin Mohamad berkata, sumbangan itu adalah hasil kutipan dana atas nama PIBG sekolah."Sumbangan van ini akan digunakan untuk kemudahan guru dan murid yang menyertai aktiviti sekolah."Van tersebut mempunyai 14 tempat duduk dan sesuai untuk membawa murid sertai aktiviti kokurikulum dan pertandingan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa," katanya.[caption id="attachment_5805" width="653"]                       Van sumbangan PIBG untuk kegunaan guru dan murid SK Dato' Wan Kemara.[/caption]Sementara itu, Guru Besar SK Dato' Wan Kemara, Mohd Nizam Saidin berkata, beliau berasa bangga dan terharu kerana ia merupakan sekolah pertama di Kedah menerima sumbangan van daripada PIBG."Inilah model sarana Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025."Pelbagai inisiatif boleh diambil bagi mempertingkatkan tahap penguasaan murid secara holistik melalui kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG," katanya.[caption id="attachment_5806" width="651"]                   Mohamad ketika merasmikan van sumbangan PIBG di SK Dato' Wan Kemara.[/caption]Menurutnya lagi, kemudahan van sekolah ini diharap dapat membantu pengurusan aktiviti kokurikulum dan kebajikan murid selain menjana sumber kewangan PIBG sekolah.Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Mohamad  Abdul Rahim berkata, beliau berterima kasih kepada PIBG SK Dato’ Wan Kemara atas bantuan dan sumbangan dalam membantu merencana dan merancakkan sistem pendidikan dalam Kubang Pasu bersesuaian dengan gagasan PPD Kubang Pasu 'PPD Kubang Pasu Optimis Pendidikan Masa Depan.'[caption id="attachment_5807" width="653"]                   Mohd Nizam (kiri) bersama guru di hadapan van sumbangan PIBG sekolah.[/caption][caption id="attachment_5808" width="650"] Zainol (kiri), Mohamad (dua, kiri) dan Mohd Nizam (dua, kanan) bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu di hadapan van sumbangan PIBG sekolah[/caption]