Keputusan STPM diumum 18 Ogos ini

Iklan
1098196 (1)
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan diumumkan pada 18 Ogos ini.Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari pada tarikh itu.Calon sekolah dan calon persendirian pula boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/Nombor kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888."Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11 pagi pada 18 Ogos hingga 12 tengah hari pada 28 Ogos."Selain itu, semakan boleh dibuat menerusi secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai pukul 12 tengah hari pada 18 Ogos," menurut kenyataan itu.Artikel berkaitan11 pelajar Henry Gurney buktikan kemampuan, raih keputusan cemerlang dalam SPM 2021 5 tip mudah skor A+ Matematik SPM, pelajar pasti boleh buat! Graduan Malaysia gondol pingat akademik tertinggi di AS 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok