Guru SMK Damansara Jaya, pengasas SMART Sejarah, raih gangsa peringkat antarabangsa

Iklan
smk damansara jaya
Guru SMK Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Noor Arbaiah Ismail, 53, dinobatkan sebagai penerima anugerah gangsa di peringkat antarabangsa bagi tajuk inovasi SMART Solusi Mahir Sejarah dalam Seminar Penyelidikan Dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail 2021 (Serai 2021).Menggunakan buku tulisan beliau bersama dua rakan, Cikgu Zainab Abdullah dan Cikgu Jamilah Mahmud iaitu Modul Mahir Sejarah KSSM Tingkatan 4, ia dijadikan sebagai bahan inovasi dalam pembentangan Serai 2021.Dalam pertandingan Serai 2021, Cikgu Nora dan ahli kumpulannya yang terdiri daripada tiga penyelidik lain Zakiy Muayyad, Vinesh Ravendran dan Jayden Yong membentangkan 10 langkah SMART Solusi Mahir Sejarah. Berikut adalah perinciannya:1. Dalam setiap bab, perkara paling asas dalam mempelajari Sejarah adalah dengan memulakan pemahaman mengenai definisi atau konsep asas.2. Mengenal pasti pembahagian politik, ekonomi dan sosial (PES) berdasarkan akronim masing-masing. P- pentadbiran, undang-undang dan keselamatan, E - wang, insuran dan bank, S - pendidikan, budaya dan agama.3. Penulisan yang tepat mestilah menghubungkan fakta, huraian satu, huraian dua dan contoh.4. Mengenal pasti fakta berdasarkan bidang PES.5. Pelajar boleh membuat perbandingan iaitu mencari persamaan atau perbezaan fakta dan huraian.6. Menganalisis tokoh, monumen, dokumen dan foto sebagai bahan bukti untuk sesuatu peristiwa sejarah.7. Menentukan kronologi atau garis masa atau galur peristiwa.8. Menentukan nilai patriotisme yang berhubung bidang PES.9. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berkaitan dengan aplikasi, sejarah masa lalu dan masa kini.10. Soalan KBAT yang memerlukan aplikasi, analisis dan sintesis.Kejayaan ini merangsang SMK Damansara Jaya untuk menjadi pakar dalam subjek Sejarah sekali gus mengharumkan nama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama.Justeru, penyertaannya dalam Anugerah Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) anjuran Sinar Bestari, Sinar Harian menjadi saingan sengit.Kesimpulannya, semoga usaha Cikgu Nora ini menggalakkan lebih ramai pelajar untuk skor dalam subjek Sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Artikel berkaitan Ini dia, 5 ciri guru yang disukai pelajarKonsep JERI, kunci utama kejayaan SMK Hang Kasturi O-som! Permainan psikologi, dipertandingkan di peringkat antarabangsa

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok