Perbincangan Meja Bulat babitkan 60 peserta, bincang keperluan terkini Kurikulum Asuhan Permata

Iklan
Perbincangan Meja Bulat babitkan 60 peserta, bincang keperluan terkini Kurikulum Asuhan Permata
Seramai 60 peserta yang terdiri daripada penyelidik dan 18 agensi kerajaan serta swasta menghadiri siri Perbincangan Meja Bulat bersama Agensi Serta Pelaksana Kurikulum Asuhan Permata (KAP) di Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan (KPM) Malaysia; Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional; Jurulatih KAP, Childline Foundation; Persatuan Down Sindrom; Persatuan Dyxlexia Malaysia; Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD); penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan ramai lagi.Program yang julung kali diadakan itu dianjurkan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (National Child Development Research Centre - NCDRC), UPSI, bertujuan memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak normal dan bekeperluan khas di peringkat asuhan.Selain itu, perbincangan meja bulat ini juga dapat mengenal pasti keperluan dan penambahbaikan KAP sedia ada yang sudah melebihi lima tahun kewujudannya.Penyelaras Penerbitan dan Jaringan Industri dan Komuniti, NCDRC UPSI, Profesor Madya Dr Abdul Halim Masnan berkata, dengan mengambil kira Pendidikan Berkualiti yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals), perjumpaan meja bulat ini juga dapat memurnikan lagi keperluan terkini KAP kepada pengasuh, pengamal, ibu bapa dan komuniti di Malaysia dalam usaha memartabatkan pendidikan asuhan di Malaysia.INFO