Kandungan peti pertolongan cemas, ini senarai alatannya

Iklan
Kandungan peti pertolongan cemas, ini senarai alatannya
Peti pertolongan cemas merupakan item yang wajib ada dalam setiap rumah, sekolah, pejabat mahu pun di mana-mana sahaja.Ini kerana, peti pertolongan cemas akan membantu anda mendapatkan rawatan segera bagi merawat kemalangan kecil.Dalam konteks ini, tahukah murid-murid mengenai peti pertolongan cemas?Apakah yang ada di dalamnya dan apakah kegunaanya?Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan dan peralatan perubatan asas yang boleh dibeli di farmasi.Peti ini seharusnya diletakkan di tempat yang kering dan selamat serta jauh daripada kanak-kanak.[caption id="attachment_46899" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas, jenis dan kegunaannya serta kandungannya perlu diperiksa setiap enam bulan sekali.Dalam setiap peti pertolongan cemas, terdapat beberapa alatan yang mempunyai fungsi masing-masing.Di sini Sinar Bestari senaraikan fungsi setiap alatan sebagai pengetahuan kita bersama.Jom lihat!1) Kain kasa sterilBerfungsi untuk melindungi luka daripada jangkitan kuman.2) Pembalut (bandage)Membalut anggota badan yang luka atau tercedera supaya dapat menghentikan pendarahan.3) Pengepit (tweezer)Digunakan untuk mengambil cebisan kaca, kayu atau duri yang tertusuk pada luka.4) Kain kasa (gauzel)Menampal luka setelah diletakkan antiseptik atau ubat luka.[caption id="attachment_46896" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]5) KapasMembersihkan luka atau menyapu antiseptik pada bahagian luka.6) Minyak anginMeringankan rasa sakit kepala atau pening kepala.7) Pin penyematMematikan dan mengemas balutan.8) AntiseptikMembunuh kuman pada bahagian luka dan membersihkan luka.9) GuntingMemotong plaster, seluar atau baju mangsa.10) Kain anduhDijadikan penyokong kepada anggota badan yang cedera seperti tangan.[caption id="attachment_46897" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]11) PlasterMenampal luka terbuka untuk menghentikan darah.12) Sarung tangan perubatanMengelakkan sentuhan langsung dengan mangsa yang berdarah dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.13) Buku panduan pertolongan cemasSebagai rujukan ringkas semasa bertindak menggunakan kandungan peti pertolongan cemas.Artikel berkaitan