Durratun Nashihin kongsi 6 skil gimrama untuk pemula
Iklan
Gimrama atau lebih dikenali sebagai gimnastik berirama merupakan sukan yang memerlukan si cilik memulakan latihan dan berkemahiran sejak berusia 7 tahun.Begitupun, tempoh matang untuk menjadi peserta di bawah program Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN), Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Sukan Malaysia (SUKMA) adalah ketika berada di Tingkatan Empat.Menurut bekas atlet gimrama kebangsaan, Durratun Nashihin Rosli, 34, gimrama merupakan sukan unik boleh disertai oleh setiap golongan masyarakat, namun bukan semua mampu melakukannya."Tanpa mengira warna kulit kerana di Afrika pun ada gimnas berkulit gelap mempunyai prestasi yang mengagumkan, jadi ia bukanlah untuk seseorang yang memiliki warna kulit cerah sahaja."Dalam gimnastik juga tidak menitikberatkan Indeks Jisim Badan (BMI), cukup sekadar cantik penampilan dipandang mata."Saya memang dikategorikan sebagai ‘overweight’ dalam sukan ini kerana secara genetik keluarga saya berbadan besar, dahulu saya seorang sahaja dalam pasukan yang kena jaga pemakanan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Tambahnya, ketinggian juga bukanlah kayu ukuran bagi adik-adik yang mahu berkecimpung dalam sukan ini kerana peraturan berubah dari semasa ke semasa."Ketinggian tidak penting dalam gimrama sebab saya sendiri hanya berketinggian 154 sentimeter sahaja."Setiap empat tahun pihak penganjur akan menggubal undang-undang yang sedia ada mengikut kesesuaian generasi dan masa."Sekitar tahun 80-an hingga 90-an, saya melihat atlet memang tinggi-tinggi dan mempunyai bentuk badan panjang," ujarnya.Apabila masuk tahun 2000, sambungnya, pihak penganjur melonggarkan had ketinggian atlet baharu, jadi terdapat yang rendah sedikit."Sekitar 2012, sudah banyak perubahan dapat dilihat jika hendak dibandingkan pada zaman kegemilangan saya 15 tahun lalu."Dahulu memang kriteria kelayakan mahukan atlet yang berbadan kurus dan tinggi tetapi sekarang lebih kepada keupayaan sebagai gimnas."Yang mahu menceburkan diri dalam sukan gimrama ini mestilah seseorang yang mempunyai kekuatan mental dan jantung sebab pergerakan lasak mengeluarkan peluh yang banyak," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih gimrama di Total Gymnastique, Petaling Jaya, Selangor.Untuk itu, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini turut berkongsi enam skil gimrama kepada pembaca Sinar Bestari.
- Kawalan badan (balancing)