6 tip simpanan pendidikan anak-anak, mohon ibu bapa mulakan daripada sekarang

Iklan
6 tip simpanan pendidikan anak-anak, mohon ibu bapa mulakan daripada sekarang

Simpanan yang mencukupi amat diperlukan oleh para pelajar sekiranya berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, jika kewangan tidak kukuh, ia akan menimbulkan masalah sehinggakan ada pelajar yang terpaksa menolak tawaran disebabkan ketiadaan wang.

Iklan

Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan peranan untuk merancang simpanan pendidikan anak masing-masing.

Iklan

Ia seharusnya bermula sejak mereka kecil lagi supaya proses kemasukan ke universiti berjalan dengan lancar.

Menurut Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali kepada Sinar Bestari, terdapat beberapa tip merancang kewangan untuk pendidikan anak-anak yang boleh ibu bapa lakukan bermula sekarang.

Antara tip yang dikongsi beliau adalah ibu bapa wajar membuka akaun bank anak masing-masing sejak mereka kecil lagi.

Sebagai panduan kepada pembaca Sinar Bestari, kami senaraikan enam tip yang diketengahkan Nuradli Ridzwan untuk rujukan semua.

Jom baca!

1) Peruntukan bajet untuk keluarga

Setiap ibu bapa perlu menyediakan simpanan khas untuk pendidikan anak-anak setiap bulan bagi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung kos pembelajaran kelak.

Sebaiknya, ibu bapa membuat simpanan untuk anak-anak sejak awal usia supaya duit tersebut mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan mereka apabila meningkat dewasa.

2) Buka akaun bank untuk anak

Tabiat menyimpan perlu ditanam dalam diri anak-anak sejak mereka kecil dan ini merupakan salah satu cara untuk mendidik mereka membuat simpanan.

Seawal Tahun Satu, ibu bapa boleh menerapkan tabiat menyimpan duit anak-anak secara harian atau bulanan untuk disimpan di bank.

3) Pemotongan gaji secara automatik

Mak ayah boleh membuat pemotongan gaji secara automatik. Sebagai contoh, RM50 setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Haji, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) atau tabung simpanan pendidikan yang lain.

Jumlah wang yang hendak dipotong daripada gaji ibu bapa itu bergantung kepada pendapatan masing-masing dan mengikut jumlah anak.

4) Perbincangan bajet tahunan keluarga bersama anak-anak

Menerusi perbincangan bajet tahunan ini akan membolehkan anak-anak mengetahui jumlah simpanan mereka, situasi kewangan keluarga dan begitu juga perbelanjaan keluarga.

Sekiranya ibu bapa melakukan hal tersebut, ia akan menjadi contoh terbaik kepada anak-anak apabila mereka berkeluarga kelak dengan mempraktikkan pengurusan kewangan seumpama itu.

5) Konsisten dan disiplin

Ibu bapa perlu pastikan mereka membuat simpanan secara konsisten setiap bulan dengan mendisiplinkan diri agar bajet pendidikan anak-anak itu tidak terganggu dengan tuntutan kehendak-kehendak lain.

Oleh itu, rancang kewangan sebaik mungkin agar momentum itu dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

6) Didik anak tentang tanggungjawab kewangan

Anak-anak perlu dididik untuk menggalas tanggungjawab dalam menguruskan kewangan mereka sendiri seperti membuat simpanan setiap bulan supaya tabiat baik itu terus kekal dalam diri.

Apabila mereka mencapai usia 18 tahun, ibu bapa perlu menyerahkan tanggungjawab menguruskan kewangan kepada anak-anak, tetapi orang dewasa hendaklah sentiasa memantau dan memberi nasihat.

Artikel berkaitan 

Kewangan tertekan, perlukah melabur?

Manfaatkan duit raya anak-anak dengan 5 tabung simpanan pendidikan

Ini tip pengurusan kewangan yang perlu diketahui oleh pelajar universiti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok