6 tip kejayaan untuk cikgu yang baru posting

Iklan
6 tip kejayaan untuk cikgu yang baru posting
MULAI Januari ini, kelihatan ramai guru-guru baharu dan lama mula mengajar di sekolah baru.Bagi yang sudah ada pengalaman sebagai pendidik, mungkin keterujaan itu tidak sama dengan cikgu yang baharu pertama kali posting di sekolah tertentu.Guru Cemerlang Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kedah, Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib memuat naik perkongsian diblognya berkenaan tip berjaya untuk bakal guru dan juga yang sudah bergelar pendidik.Tip-tip tersebut adalah terdiri daripada1) Reda dengan penempatanKena reda dengan banyak perkara pada peringkat awal. Jauh dari rumah, rumah sewa tidak selesa, dapat subjek tidak sama dengan major, sekolah dalam hutan dan lain-lain. Sekolah kampung atau bandar, sekolah kecil atau besar, semuanya ada cabaran yang berbeza. Embrace it and you'll be great!2) Baik dengan seniorRajin bergaul dengan senior supaya cepat terima dengan persekitaran sekolah. Lain sekolah lain budaya. Jadi, jangan bandingkan. Senior mungkin perlahan berkaitan teknologi maklumat, tetapi mereka laju tentang perkara lain kerana kaya pengalaman. Pengalaman mereka akan beri jalan singkat untuk kita bekerja lebih bijak.3) Teori vs PraktikalJujurnya teori dengan pelaksanaan itu memang berbeza terutamanya berkaitan pedagogi. Belajar lain, jadi cikgu lain! It's ok cikgu-cikgu. Buat juga perlahan-lahan walau penuh pancaroba dan halangan sampai tahap dapat 'deep understanding'4) Tutup sekejap laman media sosialBila berada di tempat baru, disarankan untuk cikgu-cikgu tidak terlalu aktif di laman sosial masing-masing. Ini kerana, ingin mengelakkan anda memuat naik hantaran yang mungkin tidak berpuas hati dengan pengurusan sekolah. Jadi, beringatlah!5) Persekitaran dan skop positifIkuti cikgu-cikgu bagus dan grup cikgu aktif. Insya-ALLAH anda pun akan terinspirasi!6) Lima tahun pertamaIni adalah tempoh untuk anda ‘explore your potential as a teacher’. Belajar dan terus belajar serta timbalah pengalaman sebaik mungkin.Artikel berkaitan 9 tip urus kewangan bagi cikgu muda yang baru posting3 tip penting yang wajib murid lakukan sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik bermula!Senarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok