Wattpad, platform luah bakat terpendam

Iklan
c3edb10b-344a-4eb7-b995-30e0d5aa18fa
Wattpad merupakan satu aplikasi yang dicipta sebagai satu medium penulisan. Aplikasi ini telah dicipta oleh Allen Lau dan Ivan Yuen pada November 2006 dan pastinya untuk kegunaan orang ramai.Melalui medium ini pengguna boleh meluahkan bakat terpendam dan anda boleh meninggalkan komen dan menyukai karya yang dibaca. Tapi sayangnya tidak ramai pengguna di Malaysia tahu mengenai kewujudan Wattpad ini. Ada di antara mereka yang masih terdedah dengan penulisan blog.Oleh itu, GPSBestari menemubual seorang pelajar yang merupakan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang kini menyambung pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD).Nuril Ham Al Hafizah Zahari, 29, berkongsi serba sedikit mengenai aplikasi Wattpad untuk pengetahuan umum.Ketika ditanya mengenai pemilihan Wattpad sebagai platform untuk dia meluahkan bakat yang terpendam, Hafizah berkata aplikasi ini merupakan platform yang mesra pengguna.Sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi ini sebagai ruang untuk mereka menulis puisi, cerpen, novel dan sebagainya.Paling menarik, penulis dan pembaca mampu berinteraksi antara satu sama lain melalui ruangan komen dan ‘message board’ yang disediakan.Mengulas penglibatannya semasa mula menggunakan Wattpad, Hafizah menyatakan dia baru sahaja menggunakan aplikasi tersebut pada 13 Mei 2020. Tidak hanya itu, Hafizah turut menjelaskan kebaikan yang dia dapat melalui kewujudan aplikasi Wattpad ini."Bagi saya Wattpad ini banyak memberi kebaikan daripada pelbagai sudut seperti dapat kembangkan skil penulisan, mempelajari ilmu penulisan kreatif, mengenali para penulis dan pembaca, berkongsi ilmu dengan penulis lain dan saya juga terdedah dengan pelbagai jenis novel yang menarik dan bagus."Wattpad ini dapat memberi peluang kepada individu yang berhasrat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif sebagai seorang penulis. Ini merupakan peluang kepada mereka yang berbakat untuk berkongsi hasil penulisan dengan pembaca-pembaca lain," jelasnya.Hafizah juga yakin dan percaya melalui Wattpad, dirinya mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi.Di akhir temubual, Hafizah berharap karyanya akan lebih dikenali ramai dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca sehingga mampu diterbitkan dalam bentuk fizikal pada suatu hari nanti.Ini kerana, Wattpad sangat relevan digunakan oleh orang ramai khususnya para pelajar. Mereka boleh menjadikan Wattpad ini sebagai medium bahan bacaan dan mereka juga boleh menggunakan Wattpad ini sebagai tempat untuk berkarya.Oleh itu, penggunaan Wattpad sangat digalakkan kerana aplikasi ini banyak memberi manfaat kepada pengguna.Selain dapat mencungkil bakat dalam bidang penulisan, pengguna juga akan mempunyai ramai kawan baru yang boleh berkongsi mengenai ilmu dan gaya bahasa dalam penulisan.