Manusia Kalkulator Malaysia ketengah aplikasi SoroTouch, sasar kanak-kanak kuasai pengiraan
Iklan
Aplikasi SoroTouch bukanlah sekadar permainan semata-mata tetapi ia sebenarnya telah mendidik ramai kanak-kanak di Malaysia untuk mahir dalam Matematik.Digelar Manusia Kalkulator Malaysia, West Wong berkata, pengiraan Matematik bukanlah sesuatu yang sukar."Jika ibu bapa menggunakan kaedah yang betul, saya yakin anak-anak mampu menguasai subjek Matematik dari kecil," katanya kepada GPSBestari."Contohnya, mereka akan bermula dengan menonton video pengenalan yang menerangkan jalan cerita SoroTouch. Selepas itu, mereka akan memulakan misi dengan memilih satu daripada tiga bendera.[caption id="attachment_20393" width="400"] West Wong[/caption]"Setiap hari, akan ada tiga bendera baru untuk dipilih. Malah, dalam tugasan harian, terdapat pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan."Tugas-tugas dirancang untuk membantu kanak-kanak membina kemampuan pengiraan mental setiap hari dan ia disusun dengan struktur yang baik," ujarnya.Setelah menyelesaikan misi harian, West Wong berkata, mereka dapat bermain beberapa permainan SoroTouch dan ia seperti latihan untuk mereka."Semasa peserta menyelesaikan misi, mereka diberi hadiah makanan ikan dan menggunakannya untuk memelihara ikan di Aqua Park. Ini adalah pengalaman yang menggembirakan setelah bekerja keras untuk misi harian."Pada masa yang sama, setiap peserta dapat mengumpul bendera yang berbeza. Bendera yang dikumpulkan akan terdapat di Album Koleksi," jelasnya.Terdahulu, aplikasi SoroTouch dibangunkan oleh Digika Co., Ltd., sebuah syarikat teknologi pendidikan terkemuka di Tokyo, Jepun, yang telah membantu kanak-kanak seluruh dunia hebat dalam matematik."Kerana itu, saya membawa aplikasi SoroTouch ini ke Malaysia dengan objektif mahu kanak-kanak di Malaysia belajar kaedah aritmetik dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan.Jadi, pada 2019, saya mengasaskan Ai Tech House dan membawa SoroTouch ke Malaysia melalui perkongsian eksklusif dengan SoroTouch," katanya sambil menambah, aplikasi SoroTouch mampu untuk mendalami dan memahami corak pembelajaran kanak-kanak dengan memberikan lebih banyak cabaran unik yang direka suai berdasarkan data pembelajaran khas setiap murid.[caption id="attachment_20398" width="600"] Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan menerusi variasi permainan yang disediakan.[/caption]