Permainan dalam talian: Melalaikan atau memberi kebaikan?
Iklan
Kebelakangan ini kita sering disajikan dengan isu permainan dalam talian yang dilihat mendatangkan banyak kesan buruk dalam kehidupan terutamanya pelajar.Mungkin pada mulanya mereka sekadar suka-suka tetapi bila sudah mula ketagih, ia pastinya akan melalaikan.GPSBestari mengupas topik ini dengan mendapatkan pandangan dua orang pakar dalam bidang masing-masing.Pakar Motivasi, Ili Abdullah berkata, kebanyakan pelajar yang bermain permainan dalam talian sebenarnya sekadar mahu mengisi masa lapang dan ingin mencuba."Mereka tidak mahu ketinggalan trend sekarang. Sebab itu, pelajar cuba bermain dan berusaha berada dalam kelompok gamers itu sendiri. Beliau berkata, permainan online kebanyakkannya dibina untuk mengaut keuntungan."Dua kayu ukur untuk mencapai objektif mereka iaitu More Playing Users (MPU) dan More Online Time (MOT). Lebih ramai dan lebih lama pemain bermain objektif mereka tercapai."MPU dan MOT ini hanya tercapai bila aplikasi permainan mereka berjaya melalaikan semua. Selain itu, ramai gamers juga lalai ketika mengikuti live streaming."Ada sesetengah gamers yang mahu menjadi lebih hebat mengikuti live streaming gamers senior hingga mengambil masa tiga ke enam jam," jelasnya.Menurut Ili, pelajar yang terlalu leka dengan permainan dalam talian ini akan menjadikan kehidupan mereka tidak normal."Sebagai pelajar, mereka perlu mengutamakan pelajaran dan selalunya pelajaran hampir lenyap dalam peta kehidupan masing-masing bagi mereka yang lalai."Bayangkan ketika berada di sekolah, pelajar akan tetap bercerita perihal permainan online. Ketagihan dan kelalaian ini akan menyebabkan waktu makan dan tidur tidak menentu.[caption id="attachment_20424" width="600"] [/caption] Sedikit harapan dan nasihat Ili untuk mereka yang aktif dalam permainan online."Kepada pelajar, besar harapan saya agar anda sedar objektif utama syarikat pengeluar aplikasi permainan online adalah mengaut keuntungan. Janganlah kalian memperjudi pelajaran dan masa depan sendiri."Secara fitrahnya, tiada manusia suka digelar bodoh, namun dalam sedar tak sedar kita telah membuktikan kebodohan diri kepada ibu bapa, guru-guru dan orang sekeliling dengan kelalaian bermain game."Mengejar keseronokan sementara dan kemasyhuran yang tak ke mana sehingga mengorbankan pelajaran dan masa depan adalah suatu tindakan bodoh."Hidup bukannya lama. Hidup sekali sahaja. Mari kita jadi orang bijak dan jangan biarkan permainan online menjadi cerita besar dalam lipatan sejarah kemusnahan hidup anda," ujarnya.