Strategi pendidikan Jepun sebagai inspirasi pelajar

Iklan
584ba78d-78ae-414d-a638-409176bc9f42

Negara Jepun dikenali sebagai negara yang pesat membangun dengan kecanggihan teknologi yang tiada tandingan.

Iklan
Iklan

Kedudukannya di tangga kedua sebagai ‘kuasa ekonomi dunia’ selepas Amerika Syarikat tidak dapat disangkal lagi apabila kehebatan negara ‘Matahari Terbit’ ini menjadi sebutan ramai.

Iklan

Pembangunannya yang kian rancak ini telah memberi inspirasi kepada negara-negara lain untuk mengorak langkah sebaris dengan kedudukannya sebagai negara berpengaruh.

Iklan

Mungkin ramai yang tidak tahu kejayaan yang dikecapi mereka hari ini adalah bermula daripada pendidikan.

Penyusunan strategi yang teratur dan teliti telah dirangka dan dilaksanakan bagi mencapai kemajuan sehingga ke hari ini.

Berikut merupakan strategi pendidikan yang digunakan oleh Jepun:

1) Menggalakkan anak-anak muda menuntut ilmu di negara luar

Jepun telah menghantar rakyatnya untuk menuntut ilmu di negara-negara lain dalam usaha merangka pembangunan negara. Bagi menaikkan semangat anak muda untuk mencari ilmu pengetahuan yang diperlukan, Jepun telah menjanjikan biasiswa kepada mereka yang berhijrah ke negara luar. Melalui, ganjaran yang ditawarkan ini, semakin ramai anak muda tertarik untuk ke luar negara bagi menuntut ilmu dalam bidang masing-masing, seterusnya membukukan ilmu yang diperolehi itu ke dalam bahasa mereka.

2) Melakukan kajian terhadap ilmu yang dibawa pulang

Melalui ilmu yang dibawa masuk oleh golongan anak muda ini, kerajaan Jepun telah membuat keputusan untuk melakukan kajian terhadap ilmu-ilmu tersebut bagi menghasilkan pelbagai produk. Inisiatif ini, telah membantu mereka mengeluarkan kereta, mesin, robotik, dan produk-produk yang berkualiti tinggi dalam usaha memajukan negara.

3) Menawarkan biasiswa kepada pelajar bukan kerakyatan

Paling menarik, Jepun telah menambahbaik strateginya dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara lain yang masuk belajar di negara mereka. Strategi ini merupakan teknik pemasaran untuk memperkenalkan dan mengukuhkan lagi persepsi masyarakat luar terhadap produk mereka. Melalui tanggapan positif daripada masyarakat negara lain, Jepun berpeluang untuk memasarkan produk mereka ke serata dunia.

Strategi pendidikan ini secara tidak langsung telah memberi kesan positif apabila negara mereka berjaya mencapai kemajuan yang begitu pesat dalam masa yang sangat singkat.

Ini membuktikan bahawa pendidikan sangat penting dalam usaha menaikkan nama negara di mata dunia.

Oleh itu, kegigihan dan kesungguhan yang tinggi mampu menghasilkan kejayaan yang tidak diduga. Para pelajar perlulah sedar, mereka merupakan tulang belakang negara untuk terus bangkit berdiri seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Semoga pendedahan ini mampu memberi semangat untuk semua masyarakat khususnya para pelajar dalam usaha meneruskan dan meneroka ilmu demi kemajuan negara.

Sumber: Youtube Cikgu Ropiziam