3 teknik yang boleh cikgu guna sepanjang PdPR, ini yang dikongsi Cikgu Safuan

Iklan
lesson-online-english-courses-home_155003-28766
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih lagi berlangsung pada ketika ini.Guru dan pelajar, sedaya upaya mengikuti PdPR berdasarkan jadual sekolah masing-masing."Teknik yang dikongsikan ini cukup mudah. Saya harap cikgu-cikgu dapat jadikannya sebagai panduan," katanya.[caption id="attachment_21108" width="600"] Gambar hiasan daripada Freepik.[/caption]1) Live StreamingIni merupakan kaedah yang terbaik boleh dilakukan oleh guru. Perintah Kawalan Pergerakan di sesetengah tempat telah menjadikan para guru di Malaysia menggali banyak ilmu untuk memantapkan sesi PdPR. Pelbagai aplikasi sememangnya tersedia untuk digunakan antaranya Google Meet, Zoom, Streamyard, Youtube Live, Facebook Live dan banyak lagi.Jika murid mempunyai kemudahan internet yang baik, maka inilah platform yang terbaik untuk digunakan.Tonton video mudahnya mengajar guna saluran Youtube di bawahhttps://youtu.be/KjyLn-sNKEQ2) Rakaman videoKekangan waktu bekerja ibu bapa memungkinkan sesi live guru bersama murid agak kurang mendapat sambutan. Justeru guru boleh merakam video PdPR mereka yang dijalankan secara Google Meet dan kemudiannya dimuat naik ke saluran Youtube bagi membolehkan murid mengakses sesi PdPR pada bila-bila masa.[caption id="attachment_21110" width="600"] Gambar hiasan daripada Freepik.[/caption]Guru-guru juga secara kreatif boleh menghasilkan video PdPC hanya menggunakan aplikasi mudah seperti Microsoft Power Point.Tonton video cara hasilkan video menerusi Power Point di bawahhttps://youtu.be/GQiDTKid9dk3) Nota info grafikKaedah pemberian soalan latihan tanpa penerangan sebenarnya adalah sesuatu yang memberi kesukaran kepada murid dan juga ibu bapa.Sekiranya para guru berhadapan dengan kesukaran dengan capaian internet berkelajuan tinggi, maka nota secara info grafik juga boleh membantu memberi kefahaman kepada murid dalam menyiapkan tugasan yang diberi.Nota secara info grafik ini boleh diedarkan sama ada melalui Whatsapps Group atau pun modul bertulis yang boleh diedarkan secara berkala.[caption id="attachment_21109" width="600"] Gambar hiasan daripada Freepik.[/caption]Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa PdPR:1) Elakkan pemberian tanpa penerangan seperti tiga kaedah yang dicadangkan di atas.2) Elakkan pemberian kuantiti latihan yang terlalu banyakCadangan Penambahbaikan1) Beri penumpuan kepada subjek teras sahaja.2) Tetapkan kuantiti subjek/ hari dengan mengambil kira pelbagai kekangan[caption id="attachment_21111" width="600"] Gambar hiasan daripada Freepik.[/caption]Dalam apa jua tindakan yang diambil, apa yang diharapkan murid-murid kita adalah mempunyai keinginan dan keazaman untuk terus belajar.Sumber: Blogspot Cikgu Safuan