8 tip menjaga adab dengan guru, ini pesanan Cikgu Jumat buat pelajar

Iklan
pexels-photo-6281988
Pernah tak anda mendengar dan melihat yang ada sesetengah pelajar kelihatan ‘biasa-biasa’ dan kurang menonjol dalam pencapaian akademik.Tetapi, apabila keputusan peperiksaan misalnya Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, pelajar itulah digelar pelajar terbaik sekolah.Malah, dia juga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan sering mendapat anugerah dekan pada setiap semester.Apakah sebenarnya rahsia pelajar ini?"Bagaimana mahu dapatkan keberkatan ilmu daripada guru?"Jawapannya adalah anda perlu menjaga adab dengan cikgu ketika belajar online atau bersemuka. Cikgu Jumat senaraikan lapan tip menjaga adab dengan guru ketika berlangsungnya kelas dalam talian yang akan bermula semula minggu hadapan.Ini perkongsian beliau.Tip 1Guna nama sebenar ketika pelajar mengikuti kelas dalam aplikasi pembelajaran.Tip 2Guna gambar sebenar dalam profil aplikasi anda. Dinasihatkan tidak meletakkan gambar kartun atau gambar yang tiada kena mengena dengan diri sendiri.Tip 3Semasa kelas dalam talian bermula, buka paparan camera. Cikgu akan lebih bersemangat mengajar apabila mereka nampak wajah anak-anak didik ketika belajar. Ini merupakan interaksi secara langsung apabila pelajar boleh melihat wajah guru walaupun hanya dalam aplikasi online.Tip 4Semasa guru sedang mengajar ‘mute’kan aplikasi ‘mic’ dan jika hendak bertanya soalan, hendaklah bergilir-gilir dengan kawan-kawan yang lain. Dalam bahasa mudahnya, janganlah buat bising semasa kelas berlangsung, agar mudah pelajar memahami apa yang cikgu mahu sampaikan.Tip 5Masuk awal ketika kelas online akan bermula. Biarlah kita yang tunggu guru dan bukan guru yang tunggu pelajar.Tip 6Sentiasa hadir walaupun sekadar kelas dalam talian.Tip 7Minta izin jika mahu keluar awal. Macam mana caranya? Anda boleh chat guru secara peribadi untuk menyatakan apakah sebab yang membuatkan pelajar perlu undur diri pada masa itu. Jangan tiba-tiba ‘left’ dan menghilang tanpa apa-apa berita.Tip 8Habis kelas ucapkanlah ‘Terima Kasih Cikgu’. Nampak senang perkataan ini, tapi ramai pelajar sukar untuk ucap. Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kerana guru sanggup mengajar walaupun secara dalam talian.