Kerjasama EMGS dan Malaysia Airlines terbangkan pelajar dari Jepun

Iklan
Untitled design
KUALA LUMPUR – ‘Study in Malaysia’ merupakan salah satu inisiatif Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk membantu pelajar antarabangsa belajar di Malaysia sejak berlakunya pandemik Covid-19. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Mohd Radzlan Jalaludin, kolaboratif itu menyaksikan pelajar-pelajar tersebut diterbangkan khas oleh Malaysia Airlines Berhad.Katanya, pelajar-pelajar ijazah sarjana ini akan meneruskan pengajian di Monash University, Taylor's University, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), HELP University dan Kolej Sunway."Pelajar antarabangsa adalah keutamaan kami dan mereka ini sangat teruja datang ke Malaysia untuk belajar."Usaha sama ini untuk memastikan segala proses berjalan lancar dan setiap pelajar ini akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan kerajaan Malaysia serta garis panduan dari IPT masing-masing, sama seperti pelajar lain di Malaysia."EMGS menyokong semua inisiatif yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk pemulihan ekonomi negara melalui pelbagai kaedah," ujarnya.EMGS juga komited untuk terus konsisten dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan global pilihan dan akan memastikan kebajikan semua pelajar antarabangsa di negara ini terjamin. Sebelum proses perlepasan, semua pelajar diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas dan mengikuti nasihat pihak berkuasa di Jepun.Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), para pelajar akan menjalani proses wajib dan mengikuti prosedur kuarantin di stesen yang akan ditentukan.