"Alhamdulillah 80 peratus pelajar dalam kalangan B40 lepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan layak ditawarkan tahun ini.
"Insya-ALLAH keputusan kemasukan akan mula disiarkan 18 Januari ini,” tulis Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di laman Facebook, pada Rabu.
Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) menulis catatan berkenaan dengan merujuk pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang layak menyambung pembelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.
Terdahulu, lebih 104,000 permohonan kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu dan Empat di MRSM di terima oleh Mara.
Permohonan itu melibatkan 55 MRSM sedia ada seluruh negara dengan kapasiti Tingkatan Satu sebanyak 7,282 manakala kuota Tingkatan Empat kira-kira 1,000 sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, Sinar Bestari mendapati catatan Asyraf Wajdi mendapat pelbagai pandangan daripada warga maya.
Bella Mairose Yusof: Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan dan insya-ALLAH ada peluang untuk anakanda tersayang, Syed Aidan Nabil.
Juhanizah Md Salleh: Tahniah semua yang berjaya.
Ad Nur: Alhamdulillah, moga M40 yang ramai tanggungan pun di pertimbangkan.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI: (Ad Nur): Insya-ALLAH, jika lulus UKKM. (Merujuk kepada pertanyaan di atas).
Suhailah Hamid: Anak saya MRSM. Bagi pendapat saya, sekolah harian biasa atau berasrama penuh bukan jadi ukuran. Yang penting pelajaran anak dan doa ibu bapa. Jika dapat masuk MRSM tapi mental anak tak kuat untuk hadapi cabaran pun akan jadi masalah. Itu semua rezeki dan perancangan ALLAH. Bagi anak-anak yang terpilih, tahniah. Yang mana gagal jangan putus asa atau bersedih. Anak-anak kita semuanya pandai, insya-ALLAH.
Tasya Abdullah: Terima kasih Dr, kerana memahami dan keluarkan tawaran lebih awal, dapatlah ibu bapa membuat persiapan. Harap ada rezeki buat anak saya. Aamiin.
Ilya Farhan: Harapnya mereka memang betul-betul layak untuk masuk ke MRSM agar mereka tidak menyesal di kemudian hari.
Iaf Dir: Yang sahih, jujur, benar B40 sememangnya diutamakan selaras dengan objektif penubuhan Mara. Yang menjadi persoalan ibu bapa adalah ‘tipu' pendapatan tanpa slip gaji. Perniagaan maju, rumah dan kedai sewa ada, kebun luas tetapi dapat. Semua tempat pengajian dan bantuan Mara sediakan. Jawablah diakhirat nanti, kerana mengambil hak orang lain.
Herlina Ghazali: 80 peratus. Tahniah kepada bakal pelajar MRSM. Anda bakal pemimpin negara suatu hari nanti.