11 soalan lazim MRSM untuk rujukan ibu bapa dan penjaga

Iklan
Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 11 Mac 2024, pukul 8.30 pagi di MRSM yang ditawarkan (Rujuk: Surat Tawaran Kemasukan MRSM).

Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi laman Facebook bertarikh 19 Januari lalu, telah memuat naik 11 soalan lazim tentang tawaran kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Tahun 2024.

Perkongsian penting itu dilihat membantu para ibu bapa dan penjaga yang mempunyai pelbagai soalan perlu dirungkai oleh Mara.

Iklan
Iklan

Sinar Bestari senaraikan bentuk soalan beserta solusi sebagai panduan semua.

1) Bilakah tarikh semakan tawaran kemasukan ke MRSM?

Iklan

Tarikh semakan tawaran kemasukan ke MRSM bermula pada 18 Januari 2024, pukul 8 malam.

2) Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke MRSM?

Iklan

Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut

Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1

Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4

3) Apakah kategori status semakan permohonan?

Kategori status semakan permohonan adalah seperti berikut

(a) Tahniah, permohonan berjaya - Calon lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan menerima tawaran ke MRSM.

(b) Permohonan anda tidak berjaya. Anda gagal dalam UKKM. Selamat Maju Jaya - Calon gagal disebabkan tidak memenuhi syarat.

(C) Sekiranya tidak menerima makluman tawaran melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau semakan dalam sistem sebelum 20 Mei 2024, permohonan adalah tidak berjaya - Calon berada dalam status calon simpanan dan berpeluang ditawarkan penempatan secara berperingkat sekiranya terdapat kekosongan.

4) Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah

(i) Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh semakan yang dikeluarkan oleh Mara.

(ii) Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.

(iii) Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.

(iv) Membuat bayaran yuran pendaftaran (Rujuk: Panduan Pendaftaran MRSM).

5) Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, adakah permohonan pertukaran program dan penempatan dibenarkan?

Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah TIDAK DIBENARKAN.

6) Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat?

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 11 Mac 2024, pukul 8.30 pagi di MRSM yang ditawarkan (Rujuk: Surat Tawaran Kemasukan MRSM).

7) Bagi status ‘Sekiranya tidak menerima makluman tawaran melalui SMS atau semakan dalam sistem sebelum 20 Mei 2024, permohonan adalah tidak berjaya’. Adakah permohonan saya tidak berjaya?

Pengambilan adalah secara berperingkat mengikut merit. Oleh itu, calon yang tidak menerima sebarang tawaran melalui SMS sebelum 20 Mei 2024, permohonan adalah tidak berjaya.

8) Hasil semakan mendapati permohonan saya dalam proses. Adakah permohonan saya tidak berjaya?

Permohonan tidak berjaya disebabkan

(i) Calon gagal dalam UKKM

(ii) Calon tidak menghadiri UKKM

(iii) Waris telah disenarai hitam oleh pihak Mara (Rujuk: Bahagian Kawalan Kredit untuk semakan)

9) Bagaimanakah rayuan boleh dikemukakan sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Sebarang rayuan secara bertulis atau melalui emel adalah tidak dibenarkan.

10) Bila dan bagaimana keputusan seterusnya boleh diketahui?

Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui SMS di nombor telefon yang didaftarkan dalam sistem permohonan atau semakan melalui pautan berikut

Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1

Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4

Tarikh semakan seterusnya adalah

Semakan kedua: 15 Februari 2024

Semakan Ketiga: 29 Februari 2024

Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui media sosial rasmi Mara.

11) Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pihak Mara jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM?

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan menerusi emel berikut iaitu

pengambilanpelajar@mara.gov.my