Misi 5 tahun Aaron Tai & Khai Xing

Iklan

Pemain badminton beregu remaja negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing bertekad memasang impian memastikan nama gandingan itu berada dalam senarai atlet beraksi di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Malah, Aaron Tai-Khai Xing yang menjadikan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai pencetus inspirasi, mula memasang tekad lima tahun dalam meniti pelbagai cabaran bagi menyambar slot secara merit ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Iklan
Iklan

Kejayaan Aaron Chia-Wooi Yik meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada penampilan pertama sebelum ini membarakan lagi keazaman kedua-dua atlet muda ini.

Jom kenali mereka bersama Sinar Bestari!

Iklan