Anjur majlis graduasi sekolah sederhana tapi meriah

Iklan
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) menunjukkan hasil kaligrafi bersama pelajar pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) peringkat negeri di SMJK Yu Hua.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana tetapi meriah serta memberi penuh penghargaan bagi meraikan pelajar yang terlibat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, untuk itu perbincangan bersama ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing menjadi asas kepada majlis graduasi.

Fadhlina

Iklan
Iklan

"Perbincangan dan konsultansi dengan PIBG sangat penting dan ia perlu diselesaikan di peringkat sekolah.

"Sekiranya terdapat bantahan, perlu diambil pandangan," katanya ketika ditemui selepas perasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua Kajang, Selangor pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu hangat yang sedang diperkatakan di media sosial mengenai rungutan ibu bapa susulan majlis graduasi murid dianjurkan di hotel-hotel mewah dan menganggap ia sebagai membebankan.