Khairul Aming, graduan Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat

Iklan
Latar belakang pendidikan Khairul Aming bukan 'biasa-biasa'.

Satu Malaysia terkejut dan sebak apabila pempengaruh media sosial, Khairul Aming berjaya mencatat angka jualan RM1.2 juta dalam tempoh tiga minit 39 saat menerusi jualan produk Dendeng Nyet Berapi, pada Jumaat.

Dengan kejayaan luar biasa itu, Khairul Aming membuka rekod baharu dalam sejarah TikTok Shop apabila menjadi individu terpantas dan tertinggi jualan di platform tersebut.

Iklan
Iklan

Melihatkan kecemerlangan jejaka muda dalam dunia perniagaan, Sinar Bestari terpanggil untuk berkongsi serba ringkas biodata diri Khairul Aming yang cukup terkenal dengan tagline 'Hello What’s up guys'.

Jom, kenali beliau dengan lebih rapat.

Iklan

Nama penuh: Khairul Aming Kamarulzaman

Panggilan: Khairul Aming & Aming

Iklan

Tarikh lahir: 25 September 1992

Asal: Kota Bharu, Kelantan

Umur: 32 tahun (2024)

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Kerjaya: Usahawan, pempengaruh media sosial (influencer) dan pencipta kandungan (content creator)

Latar belakang pendidikan

1) Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

2) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal), Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat

Anugerah dan Pencapaian

1) Anugerah Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik dari syarikat e-perdagangan, Shopee (2022)

2) Penerima anugerah kategori People’s Choice: Creator Of The Year di Tik Tok Award 2023

3) Anugerah Ikon Inspirasi sempena Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023

3) Memiliki dua kilang di Kelantan

4) Berjaya mengeluarkan dua produk yang mendapat perhatian luar biasa iaitu Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi.

Nasihat Khairul Aming

"Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya keluar nanti boleh jadi pencipta kandungan berkualiti. Content creator ini bukan sekadar viral sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan terutama untuk menyelesaikan masalah.”