'Ayat merepek pula di kertas jawapan’

Iklan
Tangkap layar kertas jawapan yang dimuat naik di media sosial. Kredit: Najla

Masih belum reda dengan isu yang memaparkan hampir seluruh kelas Tingkatan Dua menghantar kertas jawapan kosong bagi mata pelajaran Sejarah dalam satu peperiksaan.

Kini, timbul pula kes terbaru melibatkan tindakan seorang murid yang menghantar kertas jawapan berisi ayat-ayat yang tidak sepatutnya ditulis.

Iklan
Iklan

Tindakan itu dilihat seakan biadab kerana mereka sepatutnya menjawab peperiksaan dengan betul dan bersungguh-sungguh bukan sebaliknya.

Antara ayat-ayat tersebut adalah:

Iklan

"Tak ada justifikasi, sebab apa? Sebab boleh.”

"Dah nak habis masa dah, jawapannya pergi mana? Pergi bercuti.”

Iklan

"Bersusah-susah tupai melompat, susah lagi ASK.”

Meninjau ke ruangan komen, Sinar Bestari mendapati rata-rata warga maya meluahkan rasa gusar akan situasi ini memandangkan anak-anak murid adalah merupakan generasi pemimpin negara masa akan datang.

Antara komen yang sempat dipetik adalah:

"Panggil ibu bapa dia dan tunjuk. Beritahu sekarang ALLAH tengah uji melalui cikgunya. ALLAH nak tengok dia bertanggungjawab dan amanah atau tak sebagai anak dan sebagai anak murid yang diarah untuk menuntut ilmu di sekolah.”

"Bagus dah letak pergantungan pada ALLAH yang tak bagusnya tak usaha dulu”

"Budak sekarang bukan ingat masa depan mereka.”