Guru terima RM2,000 pada 23 Februari

Iklan
Durian runtuh! Guru-guru bakal menerima bayaran insentif awal sebanyak RM2,000 tidak lama lagi.

Kegembiraan jelas terbayang di wajah guru-guru Malaysia apabila bakal menerima bayaran insentif awal sebanyak RM2,000 daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Mereka antara penjawat awam yang mendapat wang berkenaan seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa.

Iklan
Iklan

Selain RM2,000 yang akan diagih kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, jawatan utama sektor awam lain turut menerima bayaran insentif awal itu.

"RM1,000 diberikan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Iklan

"Malah, jumlah yang sama turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen,” kata Anwar.

Iklan