Israk dan Mikraj: Peristiwa luar biasa Rasulullah SAW

Iklan
Israk dan Mikraj, peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW.

Hari memperingati peristiwa Israk dan Mikraj disambut pada 27 Rejab setiap tahun.

Untuk 2024, Israk dan Mikraj jatuh pada 8 Februari (Khamis) dan ia merupakan detik penting dalam sejarah Islam.

Iklan
Iklan

Secara ringkas, Israk merupakan perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram, Makkah ke Masjidil Al-Aqsa, Palestin dengan menaiki buraq.

Manakala Mikraj pula bermula dari Masjid Al-Aqsa hingga ke Sidratulmuntaha.

Iklan

Perkongsian Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai peristiwa Israk dan Mikraj telah menarik perhatian Sinar Bestari untuk di kongsikan di sini.

Berikut adalah kronologinya!

Iklan

1) Israk

Nabi Muhammad SAW dibawa Malaikat Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa dengan menunggang Buraq.

Sebelum memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril dengan air suci zamzam.

Sepanjang perjalanan ke tempat-tempat tertentu iaitu tempat mulia dan bersejarah, Rasulullah telah diarah Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

(a) Negeri Thaibah (Madinah) iaitu tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah

(b) Bukit Tursina, tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada ALLAH

(c) Baitul-Laham, tempat Nabi Isa AS dilahirkan

Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya melihat kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.

Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.

Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad ‘Fisabilillah’ yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Diringkaskan kisah ini lagi, setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq.

Kemudian, baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah terasa dahaga lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya.

Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

2) Mikraj

Peristiwa Mikraj pula bermula dari Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga dari syurga.

Rasulullah SAW bersama Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda menaiki dari langit pertama hingga ke 10 dan di setiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya dapat melihat umat sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di langit ke-10 (tanpa ditemani Jibril), Rasulullah dapat menyaksikan ALLAH dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.

Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari ALLAH iaitu penerimaan ibadah solat (yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu.)

Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu.

Akhirnya, dikurangkan sebanyak lima waktu. Lima waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Selepas Mikraj, baginda pulang ke Masjidil Haram dan menyampaikan wahyu serta perintah ALLAH solat lima waktu kepada umat di Makkah.

Ketika itu, ada yang percaya dan ada yang tidak sehingga ada yang murtad, keluar dari Islam.

Tetapi, sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa Israk dan Mikraj, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi daripada peristiwa tersebut.

Sejak itu, beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang bermaksud ‘Yang Membenarkan’.