Asal usul hajar aswad

Iklan
Hajar aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan ALLAH dari syurga melalui malaikat Jibril.

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat diberikan terhadap asal usul hajar aswad.

Memetik perkongsian Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) di laman Facebooknya, mereka berkata, hajar aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Kaabah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai.

Iklan
Iklan

"Hajar aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan ALLAH dari syurga melalui malaikat Jibril.

"Ia terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Iklan

"Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus dikucup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan manusia sejak zaman Nabi Ibrahim AS iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahupun untuk tujuan umrah,” tulis hantaran itu.

Selain itu, perkongsian tersebut turut menceritakan kisah Nabi Ibrahim yang masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Iklan

Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail AS,"Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai.

Ketika Nabi Ismail sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali.

Kemudian Nabi Ibrahim bertanya,"Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata,"Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail.

Sehingga sekarang hajar aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah.

Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium hajar aswad.

Beratus ribu kaum Muslimin berebut ingin mencium hajar aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu hajar aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang.